Pengenalan kepada pertandingan
Sertai Pertandingan
oalan Lazim
Syarat-syarat

1. Bagaimanakah saya boleh menyertai pertandingan ini?

Anda boleh menyertainya melalui dua cara seperti berikut:

Melalui Laman Web
Masukkan maklumat diri dan hantar penyertaan ke pertandingan ini secara dalam talian.
Klik di sini untuk menyertainya sekarang.

Melalui SMS

Langkah 1

  • Taipkan P <RUANG> Nombor KP <Koma> Nama MPV <Koma> Makna <Koma> Slogan
  • Semua penyertaan melalui SMS tidak boleh melebihi daripada 160 huruf (termasuk ruang) manakala bagi penyertaan dalam talian tidak boleh melebihi 145 huruf (termasuk ruang). Penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan tidak akan diterima.
  • Contohnya: P 821013105150, Familia, MPV adalah untuk seluruh keluarga, dengan ruang lebih luas yang selesa untuk perjalanan jauh, Kenderaan untuk keluarga bahagia
    (152 huruf termasuk ruang)

Langkah 2

  • Kemudian, hantarkan ke 36677
  • Anda akan menerima notis SMS yang mengesahkan pengiriman penyertaan anda.

2. Adakah terdapat sebarang had dalam penyertaan pertandingan ini?

Semua penyertaan melalui SMS tidak boleh melebihi daripada 160 huruf (termasuk ruang) dan untuk penyertaan melalui dalam talian, tidak boleh melebihi145 huruf (termasuk ruang). Penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan tidak akan diterima.

Untuk membaca syarat-syarat, sila klik di sini.

3. Bolehkah saya menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan?

Ya, anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda suka.

4. Berapakah caj yang dikenakan untuk menyertai pertandingan ini?

Penyertaan melalui dalam talian adalah percuma.

Bagi penyertaan melalui SMS, berikut adalah caj yang dikenakan:

(a). Caj SMS syarikat telekomunikasi anda untuk setiap penghantaran SMS.
(b). SMS untuk mengesahkan penyertaan dalam pertandingan sebanyak RM0.80/SMS,
(c). Caj syarikat telekomunikasi biasa RM0.15 bagi setiap SMS.

Penerimaan daripada penyertaan SMS akan didermakan kepada badan-badan kebajikan.

5. Bilakah tempoh pertandingan ini?

Tempoh pertandingan ini adalah dari 8hb. September (15:00) hingga 30hb. September 2008 (23:59).

6. Apakah bahasa yang boleh digunakan untuk pertandingan ini? Bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia?

Kami menerima penyertaan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia sahaja.

7. Bagaimanakah saya tahu jika saya menang dalam pertandingan ini?

Pemenang akan dihubungi melalui telefon. Oleh itu, semua peserta dinasihatkan agar memastikan nombor untuk menghubungi mereka adalah sah.

8. Ada atau tidak had umur untuk menyertai pertandingan ini?

Ada. Anda mesti berumur 18 tahun ke atas untuk menyertainya.

9. Bilakah pemenang akan diumumkan?

Pemenang akan diumumkan sekurang-kurangnya satu [1] bulan sebelum pelancaran Proton MPV secara rasmi.

10. Bagaimanakah pemenang boleh menuntut hadiah mereka?

Pemenang akan dimaklumkan dengan sewajarnya.